13 February 2010

mee kung-fu




Salam semua..
sekarang ni aku dah rajin sesangat nak update blog pasal masakan nih..
dah lama aku x update pasal masak2 ni kan??
bukan apa,aku malas nak ambik gambo jer sebenarnya..hehe..

kali ni aku nak share resipi mee kung-fu..aku suka sgt2 mee ni..
dulu time study aku selalu makan mee ni..snang je membuatnya..
family aku pun suka makan..

ermm..rindu plak mee rebus kedai anjung tu..sodappp..tetiba*



MEE KUNG-FU









Resipi ni wani ambik dalam blog che mat gebu..
dye la sumber inspirasi saya..hehe*
thanx che mat gebu

BAHAN A :-)
500 gram mee
5 biji telur

BAHAN B :-)
10 ekor udang basah
150 g daging ayam, dihiris
5 ekor sotong, dibersihkan, hiris
sawi(suka hati nak letak banyak mana)
100 g bunga kobis, dipotong
100 g lobak merah, dihiris
5 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung*
1/2 cawan air*(*dibancuh rata)
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang, sotong dan ayam. Tuang air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan kailan tadi. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato dan lada potong, matikan api. Ketepikan.
2. UNTUK MEE :-Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama mee sehingga garing.
(wani guna 2 biji telur sahaja)

boleh la dihidangkan dengan kuah tadi mengikut kesukaan masing..
sedap di makan pada waktu malam..
selamat mencuba ♥

No comments:

Related Posts with Thumbnails